Penyerahan makanan dan barangan keperluan harian yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia kini diserahkan pula kepada The Nippon Foundation, sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Jepun bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di negara berkenaan.
Penyerahan oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ini diterima oleh Mr. Tomofumi Kaneko, ketua bagi Tohoku Earthquake and Tsunami Relief Center. Penyerahan dilakukan di Minatochu-ku
About Me
- Azeez Rahim
- Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"
Monday, 25 April 2011
Wednesday, 30 March 2011
29/03/11: MASYARAKAT ISLAM DI SENDAI, JAPAN TERHARU
Muhammad Naboru Sato (kiri) dan Mohammed Muussaa Jaalliillii Qhaan Butt Sayidi Bagus (kanan) |
Kehadiran Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) di Sendai, Japan seakan telah diketahui oleh ramai masyarakat Jepun disini. Ini termasuklah masyarakat Islam yang manoriti dikawasan ini di mana mereka menganggap Malaysia sebuah negara Islam yang dihormati oleh seluruh saudara Islam di dunia termasuk juga yang bukan Islam.
Ini diakui oleh Imam Besar Islamic Culture Centre Sendai (ICCS), Mohammed Muussaa Jaalliillii Qhaan Butt Sayidi Bagus dan pembantunya, Muhammad Naboru Sato.
Mereka menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang seharusnya menjadi contoh kepada semua negara Islam di dunia termasuk negara-negara Eropah. Ini kerana, Malaysia adalah sebuag negara yang aman damai dan mempunyai rakyat yang cukup prihatin kepada nasib malang rakyat di seluruh dunia.
29/03/11: PAKAR NUKLEAR BERSAMA SUKARELAWAN KP1M
MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BENCANA ‘T.E.N JAPAN’ oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bukanlah satu misi yang mudah dan dilakukan secara “syok sendiri”. Walaupun Sukarelawan KP1M mempunyai pengalaman dalam beberapa misi bantuan sebelum ini, tetapi misi kali ini adalah sesuatu yang sebenarnya cukup berisiko tinggi.
Ibrahim Muhamad |
John Konsoh Sangau |
Misi bantuan ini sebenarnya dipantau secara terus dan dekat oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia dimana seramai 2 orang pakar dilantik Kerajaan Malaysia sentiasa bersama kami. Mereka ialah:
1. En. Ibrahim Muhamad, Principal Assistant Director, Atomic Energy Licensing Board (AELB)
2. Mr. John Konsoh Sangau, Research Officer, Secondary Standard Dosimetry Laboratory (SSDL), Sommercialization & Technology Planning Programme, Malaysian Nuclear Agency
Subscribe to:
Posts (Atom)