About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Wednesday 30 March 2011

29/03/11: MASYARAKAT ISLAM DI SENDAI, JAPAN TERHARU

Muhammad Naboru Sato (kiri) dan Mohammed Muussaa Jaalliillii Qhaan Butt Sayidi Bagus (kanan)


Kehadiran Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) di Sendai, Japan seakan telah diketahui oleh ramai masyarakat Jepun disini. Ini termasuklah masyarakat Islam yang manoriti dikawasan ini di mana mereka menganggap Malaysia sebuah negara Islam yang dihormati oleh seluruh saudara Islam di dunia termasuk juga yang bukan Islam.

Ini diakui oleh Imam Besar Islamic Culture Centre Sendai (ICCS), Mohammed Muussaa Jaalliillii Qhaan Butt Sayidi Bagus dan pembantunya, Muhammad Naboru Sato.

Mereka menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang seharusnya menjadi contoh kepada semua negara Islam di dunia termasuk negara-negara Eropah. Ini kerana, Malaysia adalah sebuag negara yang aman damai dan mempunyai rakyat yang cukup prihatin kepada nasib malang rakyat di seluruh dunia.

29/03/11: PAKAR NUKLEAR BERSAMA SUKARELAWAN KP1M




MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BENCANA ‘T.E.N JAPAN’ oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bukanlah satu misi yang mudah dan dilakukan secara “syok sendiri”.  Walaupun Sukarelawan KP1M mempunyai pengalaman dalam beberapa misi bantuan sebelum ini, tetapi misi kali ini adalah sesuatu yang sebenarnya cukup berisiko tinggi.

Ibrahim Muhamad

John Konsoh Sangau
Atas alasan berisiko tinggi inilah yang menyebabkan Kerajaan Jepun tidak membenarkan mana-mana bantuan mencari dan menyelamat dari negara luar di bawa masuk ke Jepun.

Misi bantuan ini sebenarnya dipantau secara terus dan dekat oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia dimana seramai 2 orang pakar dilantik Kerajaan Malaysia sentiasa bersama kami.  Mereka ialah:

1.       En. Ibrahim Muhamad, Principal Assistant Director, Atomic Energy Licensing Board (AELB)

2.       Mr. John Konsoh Sangau, Research Officer, Secondary Standard Dosimetry Laboratory (SSDL), Sommercialization & Technology Planning Programme, Malaysian Nuclear Agency

29/03/11: SUKARELAWAN KELAB PUTERA 1MALAYSIA (KP1M) SELAMAT TIBA DI SENDAI, JEPUN



Hari ini semua Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) telah selamat tiba ke Sendai kira-kira jam 1 petang (waktu tempatan). Sendai merupakan antara kawasan yang teruk dilanda bencana yang menyayat hati tempohari. Sehingga ke hari ini, Sendai masih dianggap kawasan berisiko tinggi.

Perjalanan dari Shibuya ke Sendai mengambil masa 7 jam perjalanan menggunakan kenderaan ringan. Sepanjang perjalanan, kami di pantau oleh En. Ibrahim Muhamad, Ketua Penolong Pengarah, Atomic Energy Licensing Board (AELB), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia. Beliau dibantu oleh En. John Konsoh Sangau, Pegawai Penyelidik, Malaysian Nuclear Agency.


Setibanya kami di Sendai terdapat sebuah lori yang membawa barangan sumbangan rakyat Malaysia telah menunggu kami untuk kerja-kerja pemunggahan. Tanpa berlengah lagi, kami Sukarelawan KP1M yang sudah diberi penerangan tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing terus memunggah turun barangan dari lori kontena berkenaan.

Kami melahirkan rasa berbesar hati apabila seorang rakyat Jepun member izin untuk meletakkan barangan yang telah dipunggah di dalam gudang milik beliau.  Beliau yang tidak mahu dikenali namanya berasa teruja dengan kesungguhan rakyat Malaysia memperjudikan nasib dan nyawa datang ke Sendai.




Kemudian, sebanyak dua buah lori kontena pula muncul membawa barangan minuman untuk diedarkan kepada rakyat Jepun. Wajah di setiap Sukarelawan KP1M agak keletihan tetapi jelas penuh dengan rasa tanggungjawab bagi memastikan misi diselesaikan dengan segera. Berkat kesungguhan ini, kerja-kerja pemunggahan barang Berjaya diselesaikan dlaam tempoh 30 minit.



Sekali lagi para Sukarelawan KP1M menerima kejutan apabila tiba-tiba rakyat Jepun dari muda hingga ke warga emas termasuk wanita sekitar 15 orang muncul untuk menghulurkan bantuan tenaga tambahan. Suasana begitu ceria dan penuh dengan semangat untuk misi bantuan kemanusiaan ini.













Monday 28 March 2011

28/03/11-KUNJUNGAN KE KEMENTERIAN LUAR JEPUN



Bagi menghormati dan menyatakan rasa terima kasih kesediaan Kerajaan Jepun menerima kehadiran Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), semua sukarelawan mengadakan kunjung hormat ke pejabat Menteri Luar, Jepun di Kasumigaseki, Chiyoda-ku.

Kehadiran kami disambut oleh Mr. Banno Yutaka, Deputy Foreign Minister of Japan. Kami dimaklumkan oleh pihak Kerajaan Jepun bahawa mereka setakat ini hanya mengeluarkan visa masuk untuk misi bantuan sebegini kepada Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) sahaja selepas meneliti latarbelakang kejayaan kelab ini dalam operasi bantuan kemanusiaan sebelum ini.

Bagaimana pun, kami semua diingatkan untuk lebih berhati-hati apabila memulakan tugasan yang lebih mencabar esok.


Pertemuan itu turut di hadiri oleh YBhg Datuk Shaharudin Mohd Som, Duta Besar Malaysia ke Jepun.

Seperkara yang menarik perhatian ialah Bahasa Melayu seolah-olah “di daulatkan” oleh rakyat Jepun. Ini terbukti apabila Mr. Takahiro Wakabayashi, pegawai di Ministry of Foreign Affairs of Japan fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Apabila di Tanya di mana beliau belajar, beliau menjawab hanya mempelajarinya menerusi kaset dan VCD selain bercampur gaul dengan rakan-rakan dari Malaysia di Tokyo.


Takahiro Wakabayashi fasih bertutur Bahasa Melayu








28/03/11-PERTEMUAN DENGAN JAPAN PROJECT INDUSTRY COUNCIL (JAPIC)




Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) mengadakan satu kunjungan hormat ke Japan Project Industry Council (JAPIC) yang terletak di Nihonbashi-Kayabacho, Chuo-ko bagi membincangkan tindakan selanjutnya barkaitan logistik barangan makanan dan keperluan harian mangsa bencana  di lokasi-lokasi yang kini begitu memerlukan bantuan.

Kunjungan Sukarelawan KP1M di sambut oleh Mr. Hiromitsu Takayabu, Executive Managing Director, JAPIC dan barisan kakitangan kanan majlis ini.

JAPIC mempunyai hubungan yang akrab sejak berpuluh tahun dahulu dengan Kerajaan Malaysia sejak di bawah pemerintah mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

JAPIC memberi  jaminan penuh akan membantu segala urusan yang diperlukan oleh Sukarelawan KP1M bagi misi bantuan kemanusiaan ini.