About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Monday 28 February 2011

[28/02/2011] KENYATAAN PRESIDEN KP1M MENGENAI TANGGAPAN SALAH KP1M MEMBANTU NEGARA DAN RAKYAT NEW ZEALAND

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

KRITIKAN MENGENAI TANGGAPAN KELAB PUTERA 1MALAYSIA (KP1M) MEMBANTU NEGARA DAN RAKYAT NEW ZEALAND BUKANNYA RAKYAT MALAYSIA

- Kritikan ini merupakan sesuatu yang tidak langsung mempunyai asas. Saya ingin memperjelaskan dan menegaskan disini bahawa Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M ke Christchurch, New Zealand sebenarnya untuk memberi bantuan kepada pelajar dan rakyat Malaysia yang masih di sana.

- Dianggarkan seramai 650 orang pelajar dan rakyat Malaysia berada di Christchurch, New Zealand yang kini dalam kerisauan dan kebingungan setelah kawasan itu dilanda gempa bumi baru-baru ini.

- Sesungguhnya, rakyat dan pelajar Malaysia yang berada di sana tidak langsung mempunyai pengalaman dalam menghadapi suasana kacau bilau seperti gempa bumi itu. Jadi, sudah pasti ketika ini mereka di dalam keadaan tertekan, moral yang rendah dan paling bahaya mengalami trauma yang meninggalkan kesan mendalam kepada pembangunan emosi, lebih-lebih lagi kebanyakkannya adalah para pelajar kita.

- Atas dasar semangat kesukarelaan yang tinggi dan keprihatinan terhadap rakyat dan pelajar Malaysia di sana, KP1M mengambil insiatif untuk tampil membantu menghulurkan bantuan berupa makanan dan minuman, ubat-ubatan, pakaian keperluan-keperluan asas yang diperlukan mereka di sana.

- Tanggapan KP1M membantu negara asing atau rakyat negara berkenaan adalah tidak tepat memandangkan mereka bukanlah negara Dunia Kelas Ketiga yang seajibnya dibantu. sebagai sebuah negara kaya dan membangun, New Zealand dilhat berkeupayaan untuk memberi bantuan kepada rakyat mereka sendiri.

- Kehadiran KP1M sedikit sebanyak berdasarkan pengalaman sedia ada diyakini mampu memberi sokongan emosi dan moral khusus kepada rakyat dan pelajar Malaysia.

- Komitmen KP1M juga diakui oleh Kedutaan New Zealand di Malaysia menerusi Mr. Brian Smythe, Deputy High Commisioner dimana pihak kerajaan New Zealand berasa berbesar hati dan berbangga dengan kehadiran KP1M dalam membantu rakyat dan pelajar Malaysia. Sesuatu yang mengejutkan apabila dimaklumkan bahawa KP1M satu-satunya NGO yang mewakili Malaysia bertemu dengan warganegara Malaysia di negara berkenaan.

- Menurut beliau lagi, mereka juga begitu kagum dengan komitmen semua pihak di Malaysia di bawah pentadbiran YAB Perdana Menteri Malaysia dalam misi bantuan kemanusiaan memindahkan rakyat dan pelajar Malaysia di mesir baru-baru ini.

- Beliau turut kagum dengan slogan 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Bagi KP1M yang menyanjung tinggi martabat 1MALAYSIA, sudah pastinya kami tidak meletakkan sebarang sempadan dalam setiap misi bantuan kemanusiaan samada bantuan berkenaan di dalam Malaysia mahupun di luar dari negara bertuah ini.

- Buat pengetahuan semua, misi ini turut juga mendapat sokongan dari Wisma Putra dan juga Kedutaan malaysia di sana.

- Akhir sekali, saya menegaskan sekali lagi bahawa persepsi atau stigma pemikiran bahawa KP1M membantu sebuah negara kaya dan rakyat asing adalah tidak tepat dan tidak benar sama sekali. Adalah sesuatu yang menyedihkan bahawa niat RAKYAT MALAYSIA MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA telah disalahertikan dan dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan peribadi.

Sekian terima kasih.

Thursday 24 February 2011

[24/02/2011] MENZIARAHI MUHAMMAD HAIRUMAN

Khamis, 24 Februari 2011

Buat kali kedua saya berkesempatan meluangkan masa meninjau perkembangan kesihatan Muhammad Hairuman Miskon, mangsa renjatan kabel elektrik voltan tinggi yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Terdahulu, semasa di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang saya berada disisi beliau semasa hendak di bawa ke bilik bedah bagi memotong kedua belah tangannya.


Ketika ini saya berasa sebak secara tiba-tiba mengenangkan nasib Hairuman dan berasa bersyukur kepada ALLAH SWT kerana masih diberi kekuatan untuk berkhidmat kepada masyarakat

Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan banyak pihak, Hairuman kini semakin pulih dan menerima keadaannya sebagai satu takdir dari Allah SWT.

Seperti yang telah saya umumkan dahulu, Hairuman merupakan adik angkat yang pertama bagi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan sudah semestinya kebajikan dan masa depan Hairuman adalah menjadi keutamaan bagi KP1M.


Mendengar cerita Hairuman yang tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada semua pihak

Menurut doktor yang merawatnya, jika tiada aral melintang Hairuman berkemungkinan boleh keluar dari hospital dalam tempoh 2-4 minggu dari sekarang memandangkan perkembangan kesihatan beliau "agak luar biasa".


Doktor (kanan) yang merawat Hairuman mengesahkan bahawa Hairuman kini semakin sembuh 


Kesempatan ini juga saya telah menghubungi Amy Search yang juga pernah menziarahi Hairuman sewaktu di HTAR Klang. Hairuman nampak teruja bila bercakap dengan penyanyi tersohor itu dan keceriaan tergambar diwajah insan ini.


Inilah barisan petugas cemerlang di Burn Care Unit yang menempatkan Hairuman. Tahniah di atas komitmen dalam menjalankan tugas.


Tidak ketinggalan, saya juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan di HKL termasuk jururawat-jururawat yang telah memberi perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada Hairuman. Jelaslah disini bahawa kakitangan di HKL benar-benar menghayati RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

[24/02/2011] MENZIARAHI PUAN ZAINAB ENDUT

Khamis, 24 Februari 2011

Puan Zainab Endut merupakan seorang kakitangan awam di Alor Setar telah telah mengikuti rombongan kakitangan kerajaan ke Vietnam. Tiba-tiba beliau pengsan dan didapati diserang sakit strok dan menerima rawatan di salah sebuah hospital kerajaan di Vietnam.

Puan Zainab Endut diserang strok semasa berada di Vietnam
Bagaimana pun, urusan untuk membawa beliau pulang ke Malaysia menemui jalan buntu disebabkan faktor kesihatan dan prosedur keselamatan khususnya melibatkan penerbangan.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan saya dan tindakan serta-merta telah diambil oleh Kelab Putera 1Malaysia tanpa berlengah lagi. Saya sendiri telah berurusan dengan pihak Kedutaan Malaysia di Vietnam dan beberapa agensi kerajaan Vietnam bagi perkara ini.

Cuba untuk berkomunikasi dengan pesakit tetapi pesakit dalam keadaan lemah 
Berbincang dengan ahli keluarga pesakit berkenaan urusan pemindahan ke  Hospital Alor Setar, Kedah

Wakil KP1M telah dihantar ke Vietnam bagi urusan dokumentasi dan akhirnya Puan Zainab Endut telah selamat dibawa pulang ke Malaysia pada Rabu, 23 Februari 2011 dengan pesawat Vietnam Airlines.

Kelab Putera 1Malaysia telah mengaturkan segala urusan perubatan termasuk menyediakan doktor mengiringi pesakit dari Vietnam ke Malaysia. Apabila sampai, pesakit terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulans yang disediakan oleh KP1M.

Hari ini, saya bersama ahli-ahli KP1M telah meluangkan masa menziarahi beliau di Hospital Kuala Lumpur. Menurut doktor, pesakit masih dalam keadaan terkawal tetapi masih terlalu lemah. Bagaimana pun, urusan untuk membawa pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Alor Setar terpaksa ditangguhkan dahulu memandangkan doktor pakar yang merawat menasihatkan agar rawatan terperinci dijalankan terlebih dahulu kepada pesakit.

Mendengar penjelasan dari doktor yang bertugas merawat pesakit ini


Sebarang urusan kebajikan pesakit semasa dirawat di HKL termasuk urusan pengangkutan dan doktor pengiring ke Alor Setar akan dibiayai sepenuhnya oleh KP1M

Sama-sama kita berdoa agar Puan Zainab Endut kembali sihat.

Wednesday 23 February 2011

[23/02/2011] MENZIARAHI PUAN ZAINAB ENDUT DAN MUHAMMAD HAIRUMAN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Saya akan meluangkan masa menziarahi Puan Zainab Endut (pesakit strok yang dibawa pulang oleh KP1M) dan Muhammad Hairuman Miskon (mangsa renjatan kabel elektrik voltan tinggi) seperti berikut:

Tarikh: Khamis, 24 Februari 2011
Masa: 2 petang
Tempat: Hospital Kuala Lumpur

Terima kasih.

[23/02/2011] RAKYAT MALAYSIA SAKIT KUAT DI VIETNAM DIBAWA PULANG OLEH KP1M

23/02/2011

Seorang kakitangan awam, Puan Zainab Endut yang berasal dari Alor Setar, Kedah telah selamat tiba ke tanahair dari Vietnam selepas terlantar di hospital di sana kerana diserang sakit strok. Oleh kerana beberapa masalah birokrasi dan kewangan, perkara itu telah sampai ke pengetahuan saya.

Kelab Putera 1Malaysia telah berjaya menyelesaikan masalah di sana dan akhirnya urusan membawa pulang pesakit dapat berjalan dengan lancar. Sebaik tiba di Malaysia, pesakit terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

[22/02/2011] MAJLIS SILATURRAHIM-YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI BERSAMA PELAJAR-PELAJAR WILAYAH PERSEKUTUAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MESIR 2011









22/02/2011

Hari ini saya berkesempatan berkongsi pengalaman dengan 1000 orang hadirin yang merupakan para pelajar Wilayah Persekutuan yang menuntut di Universiti-Universiti di Mesir termasuk ibubapa mereka sempena Majlis Silaturrahim-Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama Pelajar-pelajar Wilayah Persekutuan Universiti-Universiti Mesir 2011 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah.

Dalam ucapan saya banyak menekankan tentang situasi sebenar Ops Piramid yang penuh dengan halangan dan rintangan dan akhirnya berjaya menyelamatkan semua pelajar Malaysia tanpa ada seorang pun yang tercedera. Saya juga menasihati para pelajar untuk lebih bersikap adil dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang cukup prihatin terhadap semua pelajar dan rakyat malaysia yang terperangkap.

Apa yang pastinya, OPS PIRAMID adalah misi untuk rakyat Malaysia dan SEBARANG FAHAMAN POLITIK DIKETEPIKAN SAMA SEKALI DALAM MISI KEMANUSIAAN BERKENAAN.

Jika operasi membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir dua minggu lalu, ditanggung sepenuhnya kerajaan. Demikian juga halnya dengan urusan kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian. Bezanya kos akan ditanggung kerajaan negeri masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-111 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada Selasa.

Bagi anak2 pelajar, semua negeri2 yg tadi dihadiri oleh menteri2 besar mereka, kecuali Kelantan, Kedah Pulau Pinang dan Selangor, telah mengambil keputusan sepakatan mereka akan menguruskan penghantaran tambang ditanggung oleh negeri masing.

Tiada tarikh khusus ditetapkan untuk pelajar berkenaan kembali ke Mesir. Semuanya bergantung kepada laporan Kementerian Pengajian Tinggi serta keadaan terkini di negara terbabit. Jika ada pelajar berdepan masalah mendapatkan pembiayaan untuk pulang meneruskan pengajian mereka diminta hubungi JAKIM atau layari laman web www.islam.gov.my.