Puan Zainab Endut merupakan seorang kakitangan awam di Alor Setar telah telah mengikuti rombongan kakitangan kerajaan ke Vietnam. Tiba-tiba beliau pengsan dan didapati diserang sakit strok dan menerima rawatan di salah sebuah hospital kerajaan di Vietnam.
Puan Zainab Endut diserang strok semasa berada di Vietnam |
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan saya dan tindakan serta-merta telah diambil oleh Kelab Putera 1Malaysia tanpa berlengah lagi. Saya sendiri telah berurusan dengan pihak Kedutaan Malaysia di Vietnam dan beberapa agensi kerajaan Vietnam bagi perkara ini.
Cuba untuk berkomunikasi dengan pesakit tetapi pesakit dalam keadaan lemah |
Berbincang dengan ahli keluarga pesakit berkenaan urusan pemindahan ke Hospital Alor Setar, Kedah |
Wakil KP1M telah dihantar ke Vietnam bagi urusan dokumentasi dan akhirnya Puan Zainab Endut telah selamat dibawa pulang ke Malaysia pada Rabu, 23 Februari 2011 dengan pesawat Vietnam Airlines.
Kelab Putera 1Malaysia telah mengaturkan segala urusan perubatan termasuk menyediakan doktor mengiringi pesakit dari Vietnam ke Malaysia. Apabila sampai, pesakit terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulans yang disediakan oleh KP1M.
Hari ini, saya bersama ahli-ahli KP1M telah meluangkan masa menziarahi beliau di Hospital Kuala Lumpur. Menurut doktor, pesakit masih dalam keadaan terkawal tetapi masih terlalu lemah. Bagaimana pun, urusan untuk membawa pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Alor Setar terpaksa ditangguhkan dahulu memandangkan doktor pakar yang merawat menasihatkan agar rawatan terperinci dijalankan terlebih dahulu kepada pesakit.
Mendengar penjelasan dari doktor yang bertugas merawat pesakit ini |
Sebarang urusan kebajikan pesakit semasa dirawat di HKL termasuk urusan pengangkutan dan doktor pengiring ke Alor Setar akan dibiayai sepenuhnya oleh KP1M
Sama-sama kita berdoa agar Puan Zainab Endut kembali sihat.
No comments:
Post a Comment