Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
KRITIKAN MENGENAI TANGGAPAN KELAB PUTERA 1MALAYSIA (KP1M) MEMBANTU NEGARA DAN RAKYAT NEW ZEALAND BUKANNYA RAKYAT MALAYSIA
- Kritikan ini merupakan sesuatu yang tidak langsung mempunyai asas. Saya ingin memperjelaskan dan menegaskan disini bahawa Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M ke Christchurch, New Zealand sebenarnya untuk memberi bantuan kepada pelajar dan rakyat Malaysia yang masih di sana.
- Dianggarkan seramai 650 orang pelajar dan rakyat Malaysia berada di Christchurch, New Zealand yang kini dalam kerisauan dan kebingungan setelah kawasan itu dilanda gempa bumi baru-baru ini.
- Sesungguhnya, rakyat dan pelajar Malaysia yang berada di sana tidak langsung mempunyai pengalaman dalam menghadapi suasana kacau bilau seperti gempa bumi itu. Jadi, sudah pasti ketika ini mereka di dalam keadaan tertekan, moral yang rendah dan paling bahaya mengalami trauma yang meninggalkan kesan mendalam kepada pembangunan emosi, lebih-lebih lagi kebanyakkannya adalah para pelajar kita.
- Atas dasar semangat kesukarelaan yang tinggi dan keprihatinan terhadap rakyat dan pelajar Malaysia di sana, KP1M mengambil insiatif untuk tampil membantu menghulurkan bantuan berupa makanan dan minuman, ubat-ubatan, pakaian keperluan-keperluan asas yang diperlukan mereka di sana.
- Tanggapan KP1M membantu negara asing atau rakyat negara berkenaan adalah tidak tepat memandangkan mereka bukanlah negara Dunia Kelas Ketiga yang seajibnya dibantu. sebagai sebuah negara kaya dan membangun, New Zealand dilhat berkeupayaan untuk memberi bantuan kepada rakyat mereka sendiri.
- Kehadiran KP1M sedikit sebanyak berdasarkan pengalaman sedia ada diyakini mampu memberi sokongan emosi dan moral khusus kepada rakyat dan pelajar Malaysia.
- Komitmen KP1M juga diakui oleh Kedutaan New Zealand di Malaysia menerusi Mr. Brian Smythe, Deputy High Commisioner dimana pihak kerajaan New Zealand berasa berbesar hati dan berbangga dengan kehadiran KP1M dalam membantu rakyat dan pelajar Malaysia. Sesuatu yang mengejutkan apabila dimaklumkan bahawa KP1M satu-satunya NGO yang mewakili Malaysia bertemu dengan warganegara Malaysia di negara berkenaan.
- Menurut beliau lagi, mereka juga begitu kagum dengan komitmen semua pihak di Malaysia di bawah pentadbiran YAB Perdana Menteri Malaysia dalam misi bantuan kemanusiaan memindahkan rakyat dan pelajar Malaysia di mesir baru-baru ini.
- Beliau turut kagum dengan slogan 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Bagi KP1M yang menyanjung tinggi martabat 1MALAYSIA, sudah pastinya kami tidak meletakkan sebarang sempadan dalam setiap misi bantuan kemanusiaan samada bantuan berkenaan di dalam Malaysia mahupun di luar dari negara bertuah ini.
- Buat pengetahuan semua, misi ini turut juga mendapat sokongan dari Wisma Putra dan juga Kedutaan malaysia di sana.
- Akhir sekali, saya menegaskan sekali lagi bahawa persepsi atau stigma pemikiran bahawa KP1M membantu sebuah negara kaya dan rakyat asing adalah tidak tepat dan tidak benar sama sekali. Adalah sesuatu yang menyedihkan bahawa niat RAKYAT MALAYSIA MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA telah disalahertikan dan dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan peribadi.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment