Hari ini saya berkesempatan berkongsi pengalaman dengan 1000 orang hadirin yang merupakan para pelajar Wilayah Persekutuan yang menuntut di Universiti-Universiti di Mesir termasuk ibubapa mereka sempena Majlis Silaturrahim-Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama Pelajar-pelajar Wilayah Persekutuan Universiti-Universiti Mesir 2011 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah.
Dalam ucapan saya banyak menekankan tentang situasi sebenar Ops Piramid yang penuh dengan halangan dan rintangan dan akhirnya berjaya menyelamatkan semua pelajar Malaysia tanpa ada seorang pun yang tercedera. Saya juga menasihati para pelajar untuk lebih bersikap adil dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang cukup prihatin terhadap semua pelajar dan rakyat malaysia yang terperangkap.
Apa yang pastinya, OPS PIRAMID adalah misi untuk rakyat Malaysia dan SEBARANG FAHAMAN POLITIK DIKETEPIKAN SAMA SEKALI DALAM MISI KEMANUSIAAN BERKENAAN.
Jika operasi membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir dua minggu lalu, ditanggung sepenuhnya kerajaan. Demikian juga halnya dengan urusan kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian. Bezanya kos akan ditanggung kerajaan negeri masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-111 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada Selasa.
Tiada tarikh khusus ditetapkan untuk pelajar berkenaan kembali ke Mesir. Semuanya bergantung kepada laporan Kementerian Pengajian Tinggi serta keadaan terkini di negara terbabit. Jika ada pelajar berdepan masalah mendapatkan pembiayaan untuk pulang meneruskan pengajian mereka diminta hubungi JAKIM atau layari laman web www.islam.gov.my.
No comments:
Post a Comment