Buat kali kedua saya berkesempatan meluangkan masa meninjau perkembangan kesihatan Muhammad Hairuman Miskon, mangsa renjatan kabel elektrik voltan tinggi yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Terdahulu, semasa di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang saya berada disisi beliau semasa hendak di bawa ke bilik bedah bagi memotong kedua belah tangannya.
Ketika ini saya berasa sebak secara tiba-tiba mengenangkan nasib Hairuman dan berasa bersyukur kepada ALLAH SWT kerana masih diberi kekuatan untuk berkhidmat kepada masyarakat |
Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan banyak pihak, Hairuman kini semakin pulih dan menerima keadaannya sebagai satu takdir dari Allah SWT.
Seperti yang telah saya umumkan dahulu, Hairuman merupakan adik angkat yang pertama bagi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan sudah semestinya kebajikan dan masa depan Hairuman adalah menjadi keutamaan bagi KP1M.
Mendengar cerita Hairuman yang tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada semua pihak |
Menurut doktor yang merawatnya, jika tiada aral melintang Hairuman berkemungkinan boleh keluar dari hospital dalam tempoh 2-4 minggu dari sekarang memandangkan perkembangan kesihatan beliau "agak luar biasa".
Doktor (kanan) yang merawat Hairuman mengesahkan bahawa Hairuman kini semakin sembuh |
Kesempatan ini juga saya telah menghubungi Amy Search yang juga pernah menziarahi Hairuman sewaktu di HTAR Klang. Hairuman nampak teruja bila bercakap dengan penyanyi tersohor itu dan keceriaan tergambar diwajah insan ini.
Inilah barisan petugas cemerlang di Burn Care Unit yang menempatkan Hairuman. Tahniah di atas komitmen dalam menjalankan tugas. |
Tidak ketinggalan, saya juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan di HKL termasuk jururawat-jururawat yang telah memberi perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada Hairuman. Jelaslah disini bahawa kakitangan di HKL benar-benar menghayati RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
No comments:
Post a Comment