About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Friday 18 March 2011

[07/03/11, ISNIN] HARI-5 DI CHRISTCHURCH

Selepas mendengar keresahan dan kebimbangan pelajar kita di Christchurch mengenai masa depan pengajian mereka, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) telah membuat perubahan jadual tugasan dimana kami telah pergi ke Lincoln University dan Centerbury University untuk berbincang dengan pengurusan mereka berhubung permasalahan yang dihadapi

Perbincangan dengan Pro Vice Chancellor, University of Canterbury dan Lincoln University, kedua-duanya di Christchurch telah mencapai kata sepakat bahawa pihak mereka bersedia mempertimbangkan 3 perkara penting yang KP1M kemukakan iaitu lanjutan 6 bulan pengajian serta pengecualian yuran pengajian untuk 6 bulan, sewa penginapan dikecualikan untuk 6 bulan dan pengecualian bayaran visa.

KP1M singgah sebentar di sebuah kedai perabot yang diusahakan oleh seorang wanita rakyat Malaysia bernama Puan Ros, berasal dari Semenyih, Selangor. Perniagaan beliau amat maju tetapi sejak gempa bumi ini, premis perniagaan beliau disahkan tidak selamat digunakan. KP1M menghulurkan sumbangan dan beliau boleh berhubung dengan KP1M bila-bila masa jika memerlukan bantuan selanjutnya.

Kami Sukarelawan KP1M  bergegas ke Christchurch Public Hospital apabila dimaklumkan ada seorang pelajar Malaysia bernama Richard Yap terlantar sakit di sana. Kehadiran kami disambut mesra oleh beliau dan ibunya. Tidak terkata oleh kami semua apabila diberitahu beliau menghidap kanser tulang.

Richard Yap, pelajar Malaysia yang menderita kanser tulang di Christchurch ini merupakan pelajar yang pintar. Bayangkan, dalam masa dia bertarung dengan penyakit itu dan jarang ke kuliah, beliau masih mampu menjadi pelajar terbaik dalam setiap peperiksaan. Beliau mengambil jurusan perundangan di Canterbury University, Christchurch, New Zealand

Hari juga merupakan hari terakhir kami di Christchurch. Bagi meraikan beberapa pelajar dan rakyat Malaysia yang membantu oeprasi kami disini, satu majlis perpisahan di adakan. Dalam ucapan ringkas semasa Jamuan Perpisahan tadi, saya selaku Presiden KP1M menekankan betapa pentingnya semangat perpaduan sesama kita dalam menghadapi suka dan duka. Konsep 1Malaysia yang dibawa YAB PM adalah jawapan kepada semua persoalan yang berkaitan dengan perpaduan.





























No comments:

Post a Comment