About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Monday 28 March 2011

28/03/11-KUNJUNGAN KE KEMENTERIAN LUAR JEPUN



Bagi menghormati dan menyatakan rasa terima kasih kesediaan Kerajaan Jepun menerima kehadiran Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), semua sukarelawan mengadakan kunjung hormat ke pejabat Menteri Luar, Jepun di Kasumigaseki, Chiyoda-ku.

Kehadiran kami disambut oleh Mr. Banno Yutaka, Deputy Foreign Minister of Japan. Kami dimaklumkan oleh pihak Kerajaan Jepun bahawa mereka setakat ini hanya mengeluarkan visa masuk untuk misi bantuan sebegini kepada Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) sahaja selepas meneliti latarbelakang kejayaan kelab ini dalam operasi bantuan kemanusiaan sebelum ini.

Bagaimana pun, kami semua diingatkan untuk lebih berhati-hati apabila memulakan tugasan yang lebih mencabar esok.


Pertemuan itu turut di hadiri oleh YBhg Datuk Shaharudin Mohd Som, Duta Besar Malaysia ke Jepun.

Seperkara yang menarik perhatian ialah Bahasa Melayu seolah-olah “di daulatkan” oleh rakyat Jepun. Ini terbukti apabila Mr. Takahiro Wakabayashi, pegawai di Ministry of Foreign Affairs of Japan fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Apabila di Tanya di mana beliau belajar, beliau menjawab hanya mempelajarinya menerusi kaset dan VCD selain bercampur gaul dengan rakan-rakan dari Malaysia di Tokyo.


Takahiro Wakabayashi fasih bertutur Bahasa Melayu








No comments:

Post a Comment