KELAB PUTERA 1MALAYSIA (KP1M) amat terhutang budi dengan semua Sukarelawan KP1M yang bertungkus lumus 24 jam dalam membuat penyusunan dan pemunggahan barangan dari lori yang begitu banyak tiba dari seluruh negara.
Amat mengharukan dan mengejutkan apabila seruan dan rayuan KP1M agar rakyat Malaysia tampil menghulurkan bantuan berbentuk barangan disambut begitu hangat dari seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latarbelakang agama, bangsa dan warna kulit.
Jelaslah bahawa pendekatan 1MALAYSIA begitu sebati dengan rakyat Malaysia. Ini terbukti apabila ditanya mengapa mereka bermurah hati, mereka akan menjawab "KITA 1MALAYSIA".
No comments:
Post a Comment