About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Tuesday 22 March 2011

22/03/11-PELATIH TEKAT AUTOMOTIVE COLLEGE TAMPIL MEMBANTU





















Suasana di Pusat Pengumpulan Barangan Rakyat Malaysia Untuk Mangsa Gempa Bumi/Tsunami Jepun agak semakin sibuk. Banyak lori yang membawa barang sumbangan syarikat korporat mulai tiba dari seluruh negara. Bagaimana pun, situasi di sebelah tengahari agak mengejutkan apabila sekumpulan 30 orang anak muda berbaju biru hadir untuk menyumbangkan tenaga bagi membantu persiapan Misi Bantuan Kemanusiaan-Gempa Bumi/Tsunami Jepun. Mereka ialah para pelatih kemahiran di TEKAT AUTOMOTIVE COLLEGE di Kajang, Selangor.

Para pelatih ini adalah mereka yang mengambil bidang Automotif di bawah Program Latihan kemahiran dan Kerjaya (PLKK), di bawah KESEDAR, Kelantan, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

Komitmen dan kesungguhan anak muda yang kesemuanya dari negeri Kelantan amat dikagumi. Terima kasih diucapkan kepada mereka dari Kelab Putera 1Malaysia!

No comments:

Post a Comment