Seawal jam 6.30 petang, semua Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) seramai 30 orang telah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Seramai sekitar 100 orang terdiri dari keluarga dan sanak-saudara sukarelawan turut berada di KLIA sebagai tanda sokongan untuk Misi Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi Christchurch, New Zealand. Turut hadir memberi sokongan ialah Datuk Norhaidi Che Dan, Setiausaha Politik Kementerian Luar.
Pesawat MH 131 yang membawa Sukarelawan KP1M akan berlepas pada jam 9.45 malam, Rabu, 2 Mac 2011 dan dijangka tiba di Auckland, New Zealand pada Khamis, 3 Mac 2011 jam 12.45 tengahari. Kemudian, Sukarelawan KP1M akan menaiki pesawat New Zealand Air dari Auckland ke Christchurch pada jam 3.40 petang hari yang sama.
No comments:
Post a Comment