About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Sunday 20 March 2011

PUSAT PENGUMPULAN 24 JAM BANTUAN DARI RAKYAT MALAYSIA UNTUK MANGSA GEMPA BUMI/TSUNAMI JEPUN


DOA DAN HARAPAN – GEMPA BUMI DAN TSUNAMI JEPUN
KELAB PUTERA 1MALAYSIA (KP1M) merayu seluruh rakyat Malaysia untuk tampil menghulurkan bantuan kepada rakyat Jepun yang kini sedang diuji dengan bencana gempa bumi dan tsunami serta risiko kesan radiasi.

Menyedari kesengsaraan rakyat Jepun harus dikongsi bersama seluruh masyarakat Malaysia, KP1M mengambil langkah mewujudkan PUSAT PENGUMPULAN BANTUAN DARI RAKYAT MALAYSIA bagi memudahkan orang ramai menyalurkan bantuan.

KP1M mensasarkan barangan di bawah dalam kuantiti sebanyak 1 juta setiap satu:
1. Mi Segera (Cawan/Cup)
2. Selimut Tebal
3. Air Mineral
4. Lilin
5. Topeng Mulut/Hidung

Kesemua barangan yang dikumpul akan dibawa ke Jepun pada 24 dan 27 Mac 2011 menerusi pesawat khas yang disediakan oleh AirAsia, sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat.


Pusat pengumpulan ini akan beroeprasi selama 24 jam. Berikut adalah maklumat berkaitan:

PUSAT PENGUMPULAN BANTUAN DARI RAKYAT MALAYSIA 
MISI BANTUAN KEMANUSIAAN-GEMPA BUMI/TSUNAMI JEPUN 
KELAB PUTERA 1MALAYSIA (KP1M) 
NO. 66 JALAN KAMPUNG ATTAP, 50460 KUALA LUMPUR
TEL: +603 22736004  FAKS: +603 22736678
TOL FREE: 1300-88-1113


PEGAWAI PERHUBUNGAN:
EN. MUN (+6019 2061111)
EN. RAHMAN (+6019 3890788)
EN. WAN (+6012 3811799)
EN. LATIF (+6019 3651116)

No comments:

Post a Comment