About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Wednesday, 2 March 2011

[28/02/2011] KUNJUNGAN HORMAT KE KEDUTAAN NEW ZEALAND MENERANGKAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KP1M KE CHRISTCHURCH

Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) sekali lagi diberi tanggungjawab besar untuk melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi di Christchurch, New Zealand. Di fahamkan, sekitar 650 orang pelajar dan rakyat Malaysia berada di sana yang memerlukan bantuan makanan, ubat-ubatan dan barangan keperluan lain.


Seperti kelaziman biasa, sebelum sesuatu misi di laksanakan, KP1M akan mengadakan satu kunjung hormat ke pejabat kedutaan negara yang akan dilawati. Untuk itu, satu pertemuan dengan pihak Kedutaan New Zealand telah diadakan bagi menerangkan misi sebenar KP1M ke negara berkenaan.


Kehadiran KP1M disambut dengan senang hati oleh Mr. Brian Smythe, Deputy High Commisioner, New Zealand High Commision. Turut sama dalam kunjung hormat ini ialah Dato' Norhaidi Che Dan @ Che Din, Setiausaha Politik Kementerian Luar




































No comments:

Post a Comment