About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Tuesday 22 March 2011

SEMAKIN RAMAI RAKYAT MALAYSIA MULA TAMPIL MENYUMBANG











PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MANGSA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI JEPUN yang beroperasi 24 jam dan dikendalikan sepenuhnya oleh Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) semakin sibuk menerima pelbagai sumbangan dari rakyat Malaysia yang tampil bertali arus.

KP1M yakin akan dapat mengumpul sebanyak 50 tan barangan keperluan untuk diagihkan kepada rakyat Jepun yang menjadi mangsa gempa bumi dan tsunami tempohari.

KP1M juga menyeru orang ramai untuk terus menghulurkan sumbangan. Biar sekecil mana sumbangan anda, ianya pasti akan diberkati oleh Tuhan.

Terima kasih

No comments:

Post a Comment