About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Wednesday 23 March 2011

22/03/11-WAKIL KEDUTAAN JEPUN HADIR KE PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MANGSA GEMPA BUMI/TSUNAMI JEPUN





















Wakil Kedutaan Jepun meluangkan masa kira-kira 30 minit di Pusat Pengumpulan Barangan Rakyat Malaysia Untuk Mangsa Gempa Bumi/Tsunami Jepun di perkarangan pejabat Kelab Putera 1Malaysia (KP1M). Tujuan kehadiran beliau untuk memastikan dan mengesahkan bahawa KP1M benar-benar serius dalam melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M-Gempa Bumi/Tsunami Jepun.


Beliau juga mengesahkan bahawa Kerajaan Jepun bersedia menerima sumbangan dari rakyat Malaysia dan melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudi berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun.


Esok, Duta Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Mr. Masahiko Horie akan menerima sumbangan ini dari YAB Dato' Sri MOhd Najib Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia.

No comments:

Post a Comment