Pihak Kerajaan Jepun sekali lagi melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia di atas kesungguhan dan keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu msyarakat di Jepun yang dilanda derita ekoran bencana alam yang melanda negara itu.
Rasa bangga dengan komitmen ini, Timbalan Duta Jepun ke Malaysia, Mr. Koichi Ita bersama pegawai kanannya, Mr. Naoki Hikota telah hadir bersama-sama rakyat Malaysia untuk mengucapkan selamat jalan dan kata-kata semangat kepada Sukarelawan KP1M di LCCT Airport hari ini.
Menurut beliau, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang dibenarkan masuk ke negara Jepun untuk tujuan misi bantuan kemanusiaan.
No comments:
Post a Comment