About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Friday, 18 March 2011

[06/03/11, AHAD] HARI-4 DI CHRISTCHURCH





Cuaca sejuk dan hujan serta beberapa kejadian gegaran susulan tidak mematahkan semangat sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia untuk bergotong-royong membersihkan rumah seorang mangsa gempa bumi rakyat Malaysia di sini hari ini.

Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia telah mengunjungi rumah pasangan Norihan Yahia, 57, dan suaminya yang merupakan rakyat tempatan, Sallehuddin O'Brian, 64, di Jalan Avonside Drive.

Sebuah kereta milik pasangan berkenaan yang terbenam ke dalam pasir hitam sejak kejadian pada 22 Februari lalu turut berjaya ditarik keluar oleh sukarelawan terbabit. Kediaman pasangan tersebut ditenggelami pasir hitam lebih 0.3 meter menyebabkan rumah itu dipenuhi lumpur yang menutupi bahagian depan dan belakangnya.

Sejak kejadian, mereka tidak lagi tinggal dan berada di situ akibat trauma dengan gempa tersebut dan terpaksa menyewa rumah lain sebelum sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia mengambil keputusan untuk membersihkannya. Pasangan itu ketika ditemui bersyukur dengan kehadiran sukarelawan terbabit sehingga dapat membersihkan rumah mereka selepas dilanda bencana berkenaan.

Norihan yang berasal dari Kuantan, Pahang berkata, selain dipenuhi pasir dan lumpur hitam, rumah mereka turut mengalami kerosakan.

"Tidak ada perkataan lagi yang mampu diucapkan selain rasa syukur atas kehadiran sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia," kata Norihan yang bermastautin di sini sejak 12 tahun lalu.

Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia secara gotong-royong mengorek pasir dan lumpur hitam sehingga hampir tiga lori dan membersihkannya selain membawa keluar kenderaan yang terbenam dalam pasir tersebut. KP1M telah menghulurkan sumbangan kewangan sebanyak RM2,200 dan turut menyerahkan bantuan makanan kepada keluarga terbabit.

Kesungguhan anggota sukarelawan kelab itu yang dibantu oleh pelajar Malaysia di sini turut mendapat perhatian penduduk setempat yang bersama-sama turut membantu menyebabkan masalah tersebut dapat diselesaikan dengan cepat.

Seluruh Christchurch kini dibelenggu pasir hitam yang keluar dari perut bumi selepas bencana itu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa bertungkus-lumus untuk membersihkannya. Difahamkan lebih 400,000 tan pasir hitam sudah berjaya dikeluarkan setakat ini.


Kemudian Sukarelawan KP1M mengunjungi rumah para pelajar Malaysia yang menuntut di University of Canterbury yang terletak di Ilam Road, Christchurch. Pelbagai masalah berkaitan bahan kajian dan permohonan tempoh lanjutan pengajian diadukan kepada kami. 


Ketika kami sedang beramah mesra dengan para pelajar dan rakyat Malaysia di kediaman berkenaan, kami menerima satu undangan khas dari pemimpin Masyarakat Mauri disini. Pengalaman yang cukup menarik! "Kia Ora" (hello) dan "Haere Ma" (selamat datang), antara perkataan dalam bahasa masyarakat Mauri yang sempat kami fahami dan pelajari. Pertemuan dengan pemimpin Mauri merupakan satu penghormatan tertinggi bagi kami Sukarelawan KP1M.



Kemudian, kami mengunjungi kediaman En. Nazri Abdullah di Clarence St. Christchurch. Beliau sudah menetap 28 tahun disini dan satu-satunya Melayu Islam Malaysia yang membuka perniagaan bengkel automotif di bandar ini. Kami sempat berbincang mengenai cadangan mewujudkan perantisan dengan membawa anak muda Malaysia yang mahir dalam bidang automotif diberi pengalaman kerja di luar negara khususnya di Christchurch.

























































No comments:

Post a Comment