About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Thursday 24 March 2011

23/03/11-YAB PERDANA MENTERI LANCARKAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE JEPUN OLEH KELAB PUTERA 1MALAYSIA



Pelancaran MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KELAB PUTERA 1MALAYSIA (KP1M)-GEMPA BUMI & TSUNAMI JEPUN berjalan lancar dengan penuh semangat kesukarelaan yang tinggi di kalangan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Pelancaran di sempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia di perkarangan pejabat KP1M.


YAB Perdana Menteri melahirkan rasa bangga dan terharunya di atas kesungguhan rakyat Malaysia tampil menghulurkan sumbangan berbentuk barangan untuk dikirimkan kepada rakyat Jepun menerusi KP1M yang akan berlepas ke Jepun pada 24 dan 27 Mac 2011 ini. Pada masa yang sama, YAB Perdana Menteri menyatakan kesedihan yang amat sangat dari seluruh raakyat Malaysia dengan peristiwa malang yang melanda rakyat Jepun. Beliau juga secara peribadi menulis surat ucapan takziah kepada Perdana Menteri Jepun.


Dalam majlis ini, hadirin semua bertafakur selama 1 minit bagi memperingati dan mengenang mangsa yang telah terkorban.


Sejumlah 250 tan barangan sumbangan rakyat Malaysia dapat dikumpulkan di Pusat Pengumpulan Barangan Rakyat Malaysia Untuk Mangsa Gempa Bumi dan Tsunami Jepun. Pusat ini dikendalikan oleh Sukarelawan KP1M dan beroperasi 24jam di Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur. 


Antara barangan sumbangan rakyat Malaysia yang akan dibawa ke Jepun pada 24 dan 27 Mac 2011 ini ialah:
a. 1 juta botol air mineral
b. 200,000 cawan mi segera
c. 20,000 selimut
d. 5,000 beg tidur
e. 2,000 kasut dan sarung tangan getah
f. 5,000 bungkusan nasi briyani dan nasi goreng
g. Peralatan perubatan, minuman dan makanan


Sumbangan rakyat Malaysia ini diserahkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia kepada Tuan Yang Terutama Mr. Masahiko Horie, Duta Besar Jepun ke Malaysia.


















No comments:

Post a Comment