Pesawat telah mendarat pada jam 10.20 malam (waktu tempatan), kira-kira 20 minit lebih awal dari yang dijangkakan di Haneda International Airport, Jepun.
Setibanya kami di lapangan terbang ini, kami telah disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Jepun, Dato’ Shaharudin Md Som dan kakitangan-kakitangan Kedutaan Malaysia. Turut menyambut kami ialah para pegawai kanan Imigresen dan Kastam Jepun. Hubungan baik antara Malaysia dan Jepun memudahkan segala urusan.
Kehadiran sukarelawan disambut dengan penuh kegembiraan dan rasa berbesar hati para petugas di lapangan terbang ini. Mereka tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kerana dating untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi disini.
Seperkara yang menarik ialah kehadiran kami turut dirasai oleh rakyat Jepun yang berada di dalam kawasan lapangan terbang. Ada yang menghulurkan tangan bersalaman dan ada yang menangis terharu sambil mengucapkan terima kasih kepada kami. Bahkan, ada yang menawarkan diri untuk turut sama menjadi sukarelawan bersama-sama kami.
No comments:
Post a Comment