About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Sunday, 20 March 2011

SUMBANGAN UNTUK MANGSA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI JEPUN TERUS DITERIMA OLEH KP1M

PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MANGSA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI JEPUN anjuran Kelab Putera 1Malaysia terus menerima sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin. Seperti yang diperlukan, barangan seperti lilin, mi segera dan selimut tebal antara barangan yang kami terima hari ini. Selain daripada itu, barangan seperti penutup hidung/mulut dan air mineral juga turut diterima.

Hari ini juga, KP1M menerima sumbangan sebanyak 20 kotak lilin dari sekumpulan penyumbang cilik dari Johor Bahru. Menurut penjaga mereka, kesediaan untuk menyumbang lilin ini terbit dari diri anaknya yang sulung berusia 12 tahun  setelah melihat hebahan dari Facebook. Kata sepakat diambil untuk mengeluarkan sedikit duit simpanan sekolah dan digunakan untuk membeli 20 kotak lilin dengan kos sebanyak RM 60.00.

KP1M menyeru orang ramai untuk terus menghulurkan sumbangan di pusat pengumpulan ini yang beroperasi 24jam. Barangan yang dihulurkan akan dibawa ke Jepun pada 24 dan 27 Mac 2011 nanti.







No comments:

Post a Comment