Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) kelihatan tenang dan ceria semasa berada di dalam pesawat yang akan membawa mereka ke Jepun. Masing-masing menyedari bahawa bukan satu tugas mudah dalam misi bantuan kali ini kerana ianya berdepan dengan satu keadaan yang tidak pasti khususnya berkaitan dengan kesan radiasi ekoran meletupnya stesen nuklear di Jepun baru-baru ini.
Kumpulan kedua seramai 40 orang ini turut disertai oleh rakan media dan pakar perubatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang radiasi dan pengurusan kecemasan.
No comments:
Post a Comment