About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Friday 18 March 2011

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN-GEMPA BUMI & TSUNAMI JEPUN

KELAB PUTERA 1MALAYSIA (KP1M) melahirkan rasa terharu yang amat sangat dan berterima kasih kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah memberikan kebenaran kepada KP1M untuk melaksanakan MISI BANTUAN KEMANUSIAAN-GEMPA BUMI & TSUNAMI JEPUN

Susulan dari kebenaran itu, KP1M telah mengadakan kunjung hormat ke Kedutaan Jepun di Malaysia bagi menyampaikan hasrat KP1M untuk berkongsi kesedihan dan menghulurkan bantuan kepada rakyat Jepun termasuk rakyat Malaysia yang berada di sana.  Kunjungan dan hasrat KP1M disambut baik oleh Mr. Masahiko Horie, Duta Besar Jepun ke Malaysia.

Hubungan akrab yang luar biasa antara Malaysia dan Jepun selain “desakan” rakyat Malaysia yang mahu berkongsi kesedihan dan saat sukar rakyat Jepun telah membuatkan Jepun bersedia membuka pintu kepada bantuan dari Malaysia. Umum mengetahui bahawa hingga ke saat ini Jepun masih tidak memerlukan bantuan dari negara luar.

Rentetan dari itu, KP1M telah mengadakan sidang akhbar bagi memperjelaskan MISI BANTUAN KEMANUSIAAN-GEMPA BUMI & TSUNAMI JEPUN.

Sukarelawan KP1M yang terlibat dalam misi kali ini akan dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan bertolak pada Khamis, 24 Mac 2011 manakala kumpulan kedua akan berangkat pada Ahad, 27 Mac 2011. Seramai 40 orang Sukarelawan KP1M akan terlibat dalam misi ini yang turut melibatkan doktor pakar otopedik, trauma dan kemalangan serta pakar nuklear.

Syarikat penerbangan Airasia juga turut melakukan tanggungjawab sosial korporatnya apabila menaja penerbangan khas misi kendalian Kelab Putera 1Malaysia ini. Airasia juga bersedia untuk memberi perkhidmatan percuma dalam penghantaran barangan makanan dari rakyat Malaysia menerusi KP1M.

Misi ini dipantau sepenuhnya oleh Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan dan juga Lembaga Perlesenan tenaga Atom (AELB).

Misi yang agak sukar ini akan tertumpu di tujuh (7) kawasan utama yang menempatkan ramai rakyat Malaysia iaitu di Miyagi, Fukushima, Iwate, Ibraki, Tochigi, Chiba dan Saitima.  Seramai 2,465 orang pelajar dan 2,544 orang pekerja warganegara Malaysia berada di Jepun.











No comments:

Post a Comment