About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Monday 28 March 2011

27/03/11: TAKLIMAT KESELAMATAN & PROSEDUR PERUBATAN




Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang terpilih menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan –Gempa Bumi/Tsunami/Krisis Nuklear ke Jepun harus lebih berhati-hati dalam melaksanakan setiap tugasan semasa berada di Jepun.

Taklimat keselamatan telah disampaikan oleh En Farid Hassan yang bertindak sebagai Ketua Keselamatan bagi misi kali ini. Beliau turut menegaskan tentang cara kita menghormati budaya masyarakat di Jepun. Semua ahli sukarelawan dinasihatkan belajar sedikit  Bahasa Jepun khususnya yang berkaitan dengan kata-kata ucapan.

Taklimat kesihatan perubatan di sampaikan oleh YBhg Datuk Dr. Mohamed Alwi Abd Rahman yang bertindak sebagai Ketua Pasukan Perubatan KP1M. Beliau turut mengingatkan semua sukarelawan tentang langkah-langkah keselamatan dan akan menerangkan prosedur perubatan apabila tiba di Tokyo nanti.




No comments:

Post a Comment