About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Monday 28 March 2011

28/03/11-TAKLIMAT DAN SESI PENERANGAN SITUASI SEMASA LOKASI BENCANA ALAM





Misi Bantuan Kemanusiaan-Gempa Bumi/Tsunami/Krisis Nuklear kini diringkas sebutannya menjadi MISI BANTUAN KEMANUSIAAN ‘T.E.N JAPAN’. T.E.N membawa maksud ‘Tsunami, Earthquake and Nuclear crisis’.

Hari ini jam 10 pagi semua anggota Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) telah ke Kedutaan Malaysia di Jepun bagi sessi penerangan situasi terkini di lokasi bencana.

YBhg Datuk Shaharudin Mohd Som, Duta Besar Malaysia ke Jepun telah memberikan taklimat yang penuh dengan informasi terkini berhubung susulan gempa bumi dan amaran tsunami termasuk bacaan kadar radiasi di bandaraya Tokyo ini.

Di negara Jepun, terdapat sebanyak 47 buah kawasan atau negeri yang ditadbir oleh Gabenor masing-masing.  Kawasan yang teruk dilanda Bencana T.E.N Japan ialah:

a.       Iwate
b.      Miyagi
c.       Fukushima
d.      Tochigi

Jumlah penduduk yang dipindahkan setakat 27 Mac 2011 bagi kawasan Iwate ialah seramai  43, 879 orang, Miyagi (85,111 orang), Fukushima (86,313) dan Tochigi pula seramai  2,585 orang. Semua lokasi-lokasi ini akan dikunjungi oleh Sukarelawan KP1M bagi penghantaran barangan makanan dan keperluan harian termasuk bantuan perubatan.













No comments:

Post a Comment