About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Friday 18 March 2011

[05/03/11, SABTU] HARI-3 DI CHRISTCHURCH

Pada hari ini, suasana agak tenang dan dingin di Christchurch. Kami Sukarelawan KP1M di bawa ke Lincoln University untuk melawat para pelajar yang menuntut di universiti ini. Kebanyakannya adalah pelajar PhD tajaan kementerian/jabatan/agensi kerajaan. Pertemuan di adakan di Oaks Room, Student Centre universiti berkenaan.
Ketibaan kami disambut meriah dengan sekumpulan kanak-kanak, yang merupakan anak kepada para penuntut Malaysia disini.

Dari pengamatan kami semasa sesi pertanyaan dengan pelajar di Lincoln University ini, ternyata mereka mengalami tekanan berhubung sesi pembelajaran yang terganggu ekoran gempa bumi yang berlaku. Bagi yang sudah berkeluarga, ini merupakan satu ujian yang diterima khususnya melibatkan anak-anak kecil.

Kami di sediakan dengan jamuan yang ringkas iaitu sandwich dan mi goreng. Banyak perkara yang dapat dibualkan dan ianya berjalan dalam suasana penuh kekeluargaan.

Kemudian, kami Sukarelawan KP1M terus ke Canterbury Islamic Centre (CIC yang terletak di Lincoln Road, Hillmorton. Pada hari ini, KP1M telah berbesar hati untuk mengadakan satu perjumpaan dan jamuan makan tengahari dengan semua pelajar dan rakyat Malaysia di Christchurch.

Sambutan yang diterima amat luar biasa. Sekitar 700 orang pelajar dan rakyat Malaysia dari pelbagai agama dan bangsa hadir dalam perjumpaan ini. Difahamkan, perjumpaan ini adalah satu yang bersejarah kerana berjaya menghimpunkan sebegitu ramai warganegara Malaysia.

Bantuan komputer riba diberikan kepada 6 buah kelab yang mewakili para pelajar dan rakyat Malaysia di Christchurch. Turut menerima sumbangan itu ialah Kelab Umno Luar Negara Christchurch.

Selain itu, bantuan berupa wang saradiri turut diberikan kepada semua pelajar yang bujang dan yang sudah berumahtangga. Kanak-kanak juga tidak terlepas menerima sumbangan kewangan dari KP1M.  Antara barangan keperluan harian yang dihulurkan oleh KP1M ialah makanan dalam tin, nasi beriani, rendang dan ubat-ubatan.

Pada masa yang sama, kumpulan perubatan KP1M yang diketui oleh Datuk Dr. Mohammed Alwi turut sekali lagi membuka klinik bergerak bagi pemeriksaan kesihatan secara percuma.  Ramai rakyat dan pelajar Malaysia mendapatkan rawatan termasuk ada yang hadir mendapatkan sokongan motivasi dari pakar perubatan yang dibawa khas dari Kuala Lumpur.

Majlis berakhir sekitar jam 5 petang (waktu tempatan). Kemudian, kami meluangkan masa melawat seorang perempuan berbangsa Cina rakyat Malaysia yang cedera teruk di kepala akibat terkena runtuhan bangunan semasa gempa bumi berlaku. Beliau ialah Puan Julie Yeo. Julie melahirkan rasa syukur keranahanya cedera pada sebelah kanan kepala, dagu, muka serta jari kelingking selepas dihempap serpihan batu-bata yang menghujani laluan Colombo Street, sedangkan enam lagi individu berhampirannya dilaporkan maut.



























































No comments:

Post a Comment