About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Thursday, 10 March 2011

[03/03/11, KHAMIS] HARI-1 DI AUCKLAND DAN CHRISTCHURH

Pada Khamis, 3 Mac 2011 jam 12.50 tengahari (waktu New Zealand)  pesawat  MH131 milik MAS selamat mendarat di Aucland Airport. Sebaik saja pintu pesawat dibuka, dua orang kakitangan kastam negara berkenaan telah menunggu kami dan mengalu-alukan kehadiran kami.



Kami  diberi layanan khas dan istimewa oleh pihak berkuasan negara ini. Ini sesuatu yang diluar dugaan kami dan sesungguhnya satu penghormatan besar kepada Malaysia. Menurut pegawai yang mengiringi kami, tidka pernah berlaku sepanjang dalam perkhidmatan beliau barangan mentah dari negara luar diberi keistimewaan masuk tanpa sebarang pemeriksaan. Bahkan, apa saja barangan yang dibawa masuk ke negara ini perlulah melalui penyaringan yang amat ketat.



Pesawat yang membawa kami ke Christchurch ialah NZ 539, milik New Zealand Air. Pesawat berlepas pada jam 3.40 petang dan tiba di Christchurch International  Airport pada jam 5.00 petang.
Ketibaan kami disambut oleh Mr. Mark Stewart (Honorary Consul Malaysia), En. Ayauf Bachi (wakil Wisma Putra), Dr. Rosli Mohammed (Pengarah MSD), Pn. Nur Ayuni Zainal Abidin (Kedutaan Malaysia di New Zealand) dan Dr. Afida Sohana Awang Soh. Seramai sekitar 100 orang pelajar dan rakyat Malaysia turut menanti ketibaan kami.




Barangan yang kami bawa dipunggah dengan bantuan para pelajar dan rakyat Malaysia. Suasana begini memperlihatkan betapa semangat ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul masih menebal di kalangan mereka walaupun ada yang telah lama meninggalkan Malaysia.





Kami terus dibawa ke tempat penginapan kami iaitu di Bella Vista Motel yang terletak di 193 Bealet Avenue, Christchurch.Sejurus tiba di motel berkenaan, semua Sukarelawan KP1M mendaftarkan diri untuk masuk ke bilik masing-masing. Tanpa berehat, kami diberi masa 15 minit untuk berkumpul semula bagi melaksanakan misi yang diamanahkan.





Sebagai permulaan atau pemanas badan, kami semua di bawa melawat sekitar tempat kejadian. Sesungguhnya, pemandangan di bandar ini dipenuhi dengan lumpur hitam yang keluar dari perut bumi semasa berlakunya gempa bumi 6.30 skala Ritcher pada 22 Februari 2011 yang lalu.









No comments:

Post a Comment