Kumpulan kedua Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) untuk Misi Bantuan Kemanusiaan-Gempa Bumi/Tsunami/Krisis Nuklear Ke Jepun berlepas ke negara matahari terbit dengan menaiki penerbangan ehsan AirAsia, D7 2652. Pesawat berlepas pada jam 2. 40 petang dan dijangka akan mendarat di Haneda Airport, Jepun pada jam 10.40 malam ini.
Terdahulu dari itu, misi bantuan ini diceriakan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang hadir memberi sokongan moral kepada semua Sukarelawan KP1M. Beliau turut menyumbangkan sebanyak RM100,000.00 untuk mangsa bencana alam di Jepun. Sumbangan ini adalah hasil kutipan Kerajaan Melaka dari masyarakat negeri Melaka yang prihatin terhadap mangsa bencana alam di Jepun. Turut hadir ialah YBhg Dato’ Ameer Ali Mydin, pemilik pasaraya Mydin.
No comments:
Post a Comment