About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Wednesday 2 March 2011

[01/03/2011] PERSIAPAN KP1M KE CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND

Persiapan rapi telah diatur oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dalam memastikan Misi Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi Christchurg berjalan dengan lancar. Sukarelawan bagi misi kali ini seramai 39 orang termasuk sekumpulan pakar perubatan pelbagai bidang. Kumpulan sukarelawan ini juga turut dianggotai oleh pakar motivasi yang akan berperanan memberi rawatan emosi dan trauma yang dialami oleh rakyat dan pelajar malaysia di sana.


Sebanyak 5 tan makanan akan dibawa oleh KP1M untuk diagih-agihkan kepada rakyat dan pelajar Malaysia. Difahamkan, seramai 650 orang rakyat Malaysia kini berada di kawasan berkenaan dan amat memerlukan barangan keperluan harian seperti makanan dan minuman, selimut dan pakaian. KP1M juga akan menghulurkan sedikit sumbangan berupa wang saku kepada semua rakyat dan pelajar Malaysia bagi tujuan meringankan bebanan yang ditanggung ekoran gempa bumi yang telah mengorbankan 113 orang. Setakat ini, lebih 200 orang masih dikatakan hilang dan usaha mencari dan menyelamat sedang berjalan seperti biasa.




No comments:

Post a Comment