About Me

My photo
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat. Saya berpegang kepada kata-kata YAHYA MUAZ, Ulama' Sufi dan Ahli Tasawuf "kalau tidak boleh bagi manfaat, jangan bagi mudarat. Kalau tidak boleh puji, jangan keji, kalau tidak boleh gembirakan, jangan bagi sedih"

Friday 18 March 2011

WAJAH DISEBALIK MISI BANTUAN KEMANUSIAAN-GEMPA BUMI CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND

YANG BERBAHAGIA DATO' HJ ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM - Merupakan Presiden Kelab Putera 1Malaysia merangkap Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi Christchurch, New Zealand. Seorang yang tegas dan komited dalam menjalankan tugasan. Berkeyakinan dan kompeten dalam setiap misi yang dikendalikan

MOHD FARID HASSAN - Dikenali dengan nama TUAN FARID. Beliau merupakan Naib Presiden Kelab Putera 1Malaysia. Berbekalkan pengalaman sebagai anggota keselamatan negara sudah pastinya beliau seorang yang cukup tegas dan mengutamakan tahap disiplin yang tinggi.

ABDUL KHALID CHAIRUL - Lebih mesra dengan panggilan MUN dikalangan anggota pasukan. Seorang yang tidak banyak bercakap tetapi banyak bekerja. Beliau merupakan Setiausaha Kelab Putera 1Malaysia. Beliau juga nadi penting dalam setiap urusan dokumentasi dan perhubungan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan New Zealand.

ABDUL MUTALIF BIN ABDUL RAHIM - Bertindak sebagai Ketua Penyelaras dalam misi kali ini. Beliau dikenali dengan nama BRO TALIF merupakan Bendahari Kelab Putera 1Malaysia. Mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam misi-misi yang dikendalikan Kelab Putera 1Malaysia

RUSDIN MAHAMOD - Lebih dikenali sebagai USTAZ RUSDIN. Berasal dari Labis, Johor dan merupakan Pengerusi Biro Agama Kelab Putera 1Malaysia. Mempunyai pengalaman luas dalam misi-misi bantuan kemanusiaan. Beliau juga mempunyai peranan penting dalam memberi motivasi kepada mangsa bencana dan juga motivator kepada sukarelawan.

HISHAM AHMAD SABRI - Bekas anggota keselamatan negara. Selain dari memastikan semua keperluan logistik mencukupi dalam setiap misi, beliau juga turut memastikan keselamatan semua sukarelawan. Di kenali dengan nama SHAM PENANG. Seorang yang tegas dalam menjalankan tugas dan mudah didekati. Beliau merupakan AJK Kelab Putera 1Malaysia

ANUWAR AWAD - Berkebolehan berbahasa Arab dan seorang yang cukup teliti dalam memastikan oeprasi bantuan keselamatan berjalan lancar khususnya yang membabitkan keperluan logistik. Seorang yang tenang dan berhemah tinggi serta mudah didekati. Beliau lebih mesra di panggil ABANG ARAB

MOHAMMAD RIZAN HASSAN - Merupakan AJK Kelab Putera 1Malaysia. Beliau juga ialah Setiausaha J/Kuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, Majlis Belia Malaysia. Bertindak mengiringi Presiden Kelab Putera 1Malaysia dalam mencatatkan pergerakan misi bantuan. Turut berperanan melaporkan perkembangan semasa dan berurusan dengan Ketua Unit Media Kelab Putera 1Malaysia di Malaysia, iaitu En. Wan.

DATUK ZUBIR ZABIDI - Beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO Alor Setar merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia. Penglibatan ahli politik dalam misi bantuan ini merupakan satu contoh bahawa kepimpinan politik tidak terkecuali untuk terus bersama mendukung misi bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh Kelab Putera 1Malaysia

NASIR KHAN ABDUL RAHMAN - Seorang Pengurus Pengurusan Bencana PBSM. Pengalaman luas lebih 50 bencana di seluruh dunia merupakan satu pengalaman yang cukup luar biasa. Beliau bertindak sebagai penasihat tentang pengurusan bencana kepada Kelab Putera 1Malaysia. Dikenali dengan nama ABANG NASIR.

NOR HAKIMI BIN CHE DAN - Sukarelawan yang pendiam tetapi cukup ringan tulang. Berasal dari Pulau Pinang dan misi ini merupakan penyertaan kali pertama beliau bersama Kelab Putera 1Malaysia

MOHD SHARUDDIN MOHD HASHIM - Berasal dari Pulau Pinang dan merupakan sukarelawan yang paling pendiam. Sentiasa bersedia dan terkehadapan apabila diminta melakukan tugasan walaupun itu bukan tugasan beliau. Sikap ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul memang sebati dengan beliau. Lebih dikenali dengan nama PAPA
WINDSOR KHOR - Pemuda berbangsa Cina yang cukup komited dalam menjalankan tugas. Lebih mesra dengan panggilan BRO WINDSOR. Berpengalaman luas dengan menyertai banyak misi bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara.

DATUK DR. MOHAMED ALWI ABD. RAHMAN - Beliau merupakan Ketua Pakar Perubatan Kelab Putera 1Malaysia. Lebih dikenali dengan nama DR. ALWI dan berkhidmat di Hospital Selayang. Seorang yang mudah mesra dan senang didekati.

DR. SABARIAH FAIZAH JAMALUDIN - Berkhidmat di Hospital Sungai Buloh. Beliau merupakan antara doktor yang menjasi Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia. Seorang yang sering memberikan motivasi kepada sukarelawan apabila mempunyai masa terluang.

DR. MD. SAED MIAN - Dikenali dengan nama DR. SAED dan berkhidmat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Periang, suka bergurau dan tegas dalam memberikan komen atau pendapat.

DR. S. PONTHIRUMAVALAVAN - Dikenali dengan nama DR. THIRU. Fasih berbahasa Melayu termasuk penguasaan dalam pantun dan peribahasa. Mesra, lucu dan periang orangnya. Beliau merupaka antara doktor pakar di hospital swasta yang menjadi Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia. Kini beliau berkhidmat di KPMC Medical Centre.

DR. VENKATESWARA RAO KRISHNAN - Dikenali dengan nama DR. RAO. Sering menjadi bahan usikan semua sukarelawan. Beliau merupakan seorang yang lucu dan mudah mesra. Cukup mengambil berat akan kesihatan semua sukarelawan.
AZMAN BIN MOHD NOOR - Nama mesranya ABANG MAN. Beliau bertindak sebagai Ketua Media Kelab Putera 1Malaysia. Berkhidmat dengan Utusan Malaysia dan antara wartawan yang sering mengikuti misi-misi bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara. Berasal dari Kedah dan seorang yang tegas dan komited untuk memastikan laporan dari tempat kejadian dapat dikongsi bersama dengan seluruh rakyat Malaysia

MUHAMMAD IZAWAN BAHARIN - Mudah senyum dan mudah didekati. Beliau ialah wartawan Harian Metro. Penulisan yang baik dan pantas dalam melaporkan perkembangan tempat kejadian. Dikenali dengan nama IZWAN.

ADHA BIN GHAZALI - Antara wartawan muda yang menyinar. Dikenali dengan nama ADHA dan berkhidmat di Berita Harian. Berdisiplin tinggi dan amat mementingkan ketepatan masa.

ZAMAN HURI BIN ISA - Mesra dengan panggilan ZAMANHURI. Beliau ialah seorang Jurukamera Berita Harian/Harian Metro. Pendiam dan bertindak mengikut arahan.

JULIANNA JALALUDDIN - Wartawan dari NTV7. Seorang yang teliti dalam menjalankan tugas. Fasih berbahasa Inggeris dan tidak lokek untuk berkongsi idea. Dikenali dengan nama JULIANA dikalangan sukarelawan.

BRO MAURI MALAYSIA - Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia yang juga berperanan merekodkan setiap pergerakan di dalam misi bantuan ini. Beliau juga mewakili blog Perak Today Dot Com

MOHD RASHID BIN JALI - Beliau merupakan wartawan di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Sentiasa tersenyum dan suka bergurau. Dikenali dengan nama BRADER RASID.

RAHIMAN ABD RAHIM - Beliau adalah seorang Jurukamera NTV7. Peka terhadap situasi sekeliling dan jarang melihat beliau berehat. Dikenali dengan nama RAHIMAN.

WONG PEK MEI - Mesra dengan panggilan MEI. Beliau ialah wartawan The Star. Periang dan ceria adalah perwatakan semulajadi beliau. Yang pasti, beliau seorang yang cerdik.

ALY ZAIDEE BIN RAFJI - Mesra dengan nama ABANG ALI. Beliau ialah Jurukamera Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Dikalangan wartawan, beliau seorang yang cukup pendiam dan apabila memerlukan pandangan, beliau akan memberi hujah yang cukup bernas.

NORAMFAIZUL BIN MOHD NOR - Berpengalaman luas dalam misi bantuan kemanusiaan bersama Kelab Putera 1Malaysia. dikenali dengan nama ZUL. Beliau seorang yang berpandangan tajam dan tidak mudah berpuas hati dengan hasil kerjanya.

MOHD HAIDAR BIN ALI - Dikenali dengan nama HAIDAR. Seorang wartawan muda yang berkaliber. Berkhidmat di Bernama TV. Tidak banyak bercakap tetapi banyak bekerja untuk melaporkan situasi terkini di lokasi kejadian.
AYAUF BACHI - Bertindak sebagai Chief of Operation. Dikirimkan khas oleh Wisma Putra untuk memantau misi bantuan yang dikendalikan Kelab Putera 1Malaysia

AYUNI ZAINAL ABIDIN - Merupakan Timbalan Duta Malaysia di New Zealand. Seorang yang cukup rajin dan mudah mesra dan mudah didekati. Senang bekerja dengan beliau. Beliau menjalankan tugasan dengan cukup cemerlang. Kelab Putera 1Malaysia amat kagum dengan cara beliau bekerja. Mesra dengan panggilan AYUNI sahaja.

DR. ROSLI MOHAMMED - Beliau ialah Pengarah Malaysian Student Department (MSD). CUkup terkenal dikalangan para pelajar Malaysia di New Zealand. Beliau seorang yang disegani oleh para pelajar. Keperibadian beliau yang mudah senyum memang menjadikan beliau seorang yang mudah didekati. Dikenali dengan nama DR. ROSLI.

DR. AFIDA SOHANA AWANG SOH - Rakyat Malaysia yang sudah lama menetap di Christchurch. Kini beliau berkhidmat sebagai seorang doktor di Christchurch Women Hospital. Seorang yang sensitif dan mudah menangis apabila melihat kesengsaraan orang. Bagaimana pun, tangisan beliau itu di bukan di hadapan semua orang sebaliknya secara sendirian. Rajin dan komited dalam menjalankan tugas. Kelab Putera 1Malaysia juga kagum dengan cara beliau bekerja.

KHAIRUL AIMAN - Pelajar Malaysia yang menuntut di Christchurch. Rajin dan banyak membantu kumpulan wartawan. Anak kelahiran Kedah yang benar-benar menjaga adat ketimuran.

ROSLI RAHMAN - Rakyat Malaysia yang bekerja di Christchurch. Dikenali dengan BRADER ROY. Seorang yang tidak bercakap banyak dan fokus dalam menjalankan tugas. Beliau merupakan koordinator dan penyelaras semasa Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia berada di sana

RAHIM ROMLE - Pelajar Malaysia yang menuntut di Christchurch. Berdedikasi dan mempunyai ketokohan sebagai pemimpin pelajar di Christchurch.

MOHD MAHADEE HJ ISMAIL - Pelajar Malaysia yang menuntut di Christchurch. Terampil dalam menjalankan tugasan. Peka pada keperluan mangsa bencana dan sering memberi pendapat penambahbaikan perlaksanaan tugasan.

TUAN AHMAD TUAN ISMAIL - Pelajar Malaysia yang menuntut di Christchurch. Tidak dapat digambarkan betapa komitmen yang diberikan adalah amat luar biasa. Beliau cukup tenang dan berhemah tinggi.

EDWIN IRAWAN - Pemandu di Kedutaan Malaysia di New Zealand. Peranan yang cukup besar dalam membantu menunjukarah kawasan di Christchurch

SOBRI MUSTAFA - Pelajar Malaysia yang menuntut di Christchurch. Tidak banyak bercakap tetapi cukup rajin dalam menjalankan tugasan membantu Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia

HAFIZ ZAINAL - Pelajar Malaysia yang menuntut di Christchurch. Berasal dari Johor dan merupakan Pengerusi Kelab UMNO Luar negara (Christchurch). Berbudi bahasa dan jelas amat menghormati mereka yang lebih dewasa.

POH ENG EU - Pelajar Malaysia yang menuntut di Christchurch. Berbangsa Cina dan berfikiran terbuka. Menyedari bahawa perlunya beliau melibatkan diri dalam membantu Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia adalah sebagai satu tanggungjawab sosial.

NAZMI AIZAT - Pelajar Malaysia yang menuntut di Christchurch. Tenang dan berbudi bahasa menampakkan kematangan beliau seorang pelajar yang pintar. Komitmen beliau memang terbukti dalam membantu Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia

MUZZA - Dikenali sebagai IBU atau MUZA dikalangnan pelajar dan rakyat Malaysia di Christchurch. Kegigihan dan kesungguhan beliau menghulurkan tangan untuk membantu Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia dalam setiap tugasan amatlah dikagumi.

6 comments:

  1. sobri mustafa..he was my senior at sm sains kuching dulu.mmg berkepimpinan tinggi since zaman skolah.anyway,nak ucapkan takziah buat arwahyarham noramfaizul yg baru meninggal ktika kejadian tembak menembak di somalia.semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba yang dirahmati oleh Allah swt. al fatihah.

    ReplyDelete
  2. alfatihah untuk saudara noramfaizul...

    ReplyDelete
  3. takziah utk saudara noramfaizul dan famili,.semoga kumpulan misibantuan teruskan semngat juang dan terus diberi kekuatan utk meneruskan kerja2 murni kalian!

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah untuk arwah Noramfaizul Mohd Nor..Moga segala jasa dan sumbangannya menjadi tauladan kepada kita semua..

    ReplyDelete
  5. Datuk dr alwi ni ayah aku punya kakak dia punya anak

    ReplyDelete
  6. Datuk dr alwi ni ayah aku punya kakak dia punya anak

    ReplyDelete